Crochet : Sweet Sweater

Rindunya dengan background rumah lama saya nih………… parking keter… alas meja… huk huk… dah berapa tahun tak pernah pun jalan2 kawasan perumahan tu… sangat menderhaka!

Dulu, dalam URL belog lama saya tu kan… saya pernah show off sweater ni.. ingat tak? HA! tak ingat……isk! isk! padan le tak ingat pun, gambar lama!… sweater ni antara pertama saya kait… tahun 2007. Waktu ni Aleeya anak sulung saya baru berusia 4 tahun. Yang sonotnye… sampai sekarang sweater ni budak-budak ribena dalam rumah ni masih boleh pakai, kecuali Izzaty kerana tubuh badannya yang somel… kakak dia nan dua insan tu, mentain boleh pakai lagi…. ini yang bagus hasil tangan begini… kalau jaga betul-betul, sampai bercucu pun masih utuh.

Gambar gojes dua keping ni… bukan terjumpa dalam disk ka… dalam pendrive pun tak de…. bukan! bukan! Malam tadi, mentara asben tak de rumah gi OST…boring-boring tido sorang kan…. jalan-jalan website… sampai terjumpa Multiply lama…kuang-kuang… dulu-dulu, pernah pakai multiply….SEKARANG semua dah pakai fesbuk…lagi canggih, lagi pantas update status kan…. jangan terjah buang masa u ols ke sana, dah bersawang..nak roboh reput… br malam tadi update apa patut…. senang geng sana jumpa jalan ke Sew Addict yang sudah berURL baru… :)

OK bubby!



Crochet : Beret

Semakin menggila koser sekarang… bukan apa, ada insan yang masih kagum tak cayer, saya boleh juga kaitkan beanie peten sama macam baby @ kanak-kanak… orang dewasa rumaja purba macam kita pun boleh pakai. Ha!! tatap la muka separuh tuan belog ni pakai Beret sebagai contoh ye…ala-ala model karatZ… tayang separuh cokop le… nanti takut profesionel model lain tak dapat cari makan…haruss….

Tak pernah lagi kan saya kait Beret? (ala topi yang boleh tarik senget sebelah tu….).. ini saya siapkan Beret sesuai dipakai oleh orang dewasa, lagi kiut miut dipakai kanak-kanak… baby yg baring tido tu lagi la somel….sesomel mama dia lah [bodek! bodek!]….

Heh! pukul satu gambar dulu lah kasi tayang…esok raya kalau dressing lawa, saya tayang lagi eh…. kalau dressing macam amah, saya tak tayang la…. pakai beret, mesti sebijik macam tukang masak…HAHAHA

ok sesi promot : Sesiapa nak tempah Beret untuk list selepas raya (SEP/OCT) boleh isi borang di atas ye….



Crochet: Beanie i di rumah.. (,”)

hahaha mari berkenalan dengan Fizan!, abaikan persekitaran belakang yang ‘kemas’ sangat…. apa korang nampak?  Tak nampak pape kan….kan…

Beanie purple motif kerang kerangan ni dah lama saya kait…. pakai dalam rumah aje… rimas dengan rambut yang pendek… pendek pun rimas… amoi kedai gunting sudah potong rambut tidak mengikut piawaian yang sepatutnya…ermm dah pendek lagi nak ikat..habit lah mengikat rambut ni..kalau tak ikat rasa kepala melayang pun ada…memang tak lepas le nk ikat pun…. maka, nak elakkan dari serabai, kena pakai beanie… kandang-kadang pakai, kadang-kadang campak tepi.

Pendek sket beanie ni… saya suka sangat kalau beanie tu tutup habis sampai ke dahi… sudah serupa anak tudung..boleh pakai tudung terus nanti…. :)



*serius hendak tempah produk kraftangan Sew-Addict amat dialu-alukan menghantar e-mail ke admin[at]fizanwanpani[dot]com *